Tuesday, 23 April 2013

Boyfriend or Future Husband ?

Assalamuailaikum ~
Alhamdulillah, aku dengan dia dah break up as couple, and started as good friend. Contactlah jugakan skali sekala tuh untuk bertanya khabarHe's now was build his future life.

Persoalannya, adakah orang yang kita sedang bercouple itu future husband kita? Thanks to Allah S.W.T kerana memberi aku kesedaran awal untuk berfikir. Soal jodoh Allah S.W.T telah menetapkan since kita semua dlm perut mak kita lagikan ? So, sekarang tak payahlah kot nak sibuk-sibuk mencari teman sehidupsemati lah kononya . 
"Sebab Allah S.W.T lebih mengetahui siapa pemilik tulang rusuk aku ni . Biarlah ALLAH yg pertemukan kita pada waktu yg sesuai pada saat kita sudah benar-benar bersedia . . "
Apapon , sebelum mendirikan 'masjid' , make sure aku mestilah dah bekerja , ada rumah sendiri , kereta and most important , aku nak balas budi parents aku . Future husband aku pon nanti mesti dah bekerja , berduit , ada rumah sendiri and ada kereta . Kalau takda suma tuh jangan gatal nak ajak anak dara orang berkahwin . ADA FAHAM ?

Dunia sekarang duit amatlah penting . Nak kahwin pon kena berduit , tambah pula nak bela anak dara orang nanti . Kalau takda duit awak nak bagi anak isteri awak makan apa nanti cik abang oii ?? Kalau setakat pandai sebut pasal cinta je , tapi poket kosong buat apa ? Fikir-fikirlah ye better biarlah sama-sama berkerjaya okey :)

Siapa yang nakkan aku sila pergi masuk meminang aku terus . Maybe time tuh sudah datang jodoh aku yang sebenar-benarnya kan ? Aku dah tak kesahlah kalau kahwin lewat pon ! Most important , Allah S.W.T more knowing about who's person is really match for me .

*Pesanan buat Future Husband aku ~ taktahu lah siapa yea ! Itu rahsia Allah :)
Kalau awak betul-betul nakkan saya , tolong beritahu saya okeh ? Kalau awak tak beritahu saya takkan tahu . Saya akan jadikan awak sebagai 'teman istimewa' saja . No need couple-couple ! Then , tamatkan pengajian dulu . Yang penting awak jangan lost contact dengan saya ! Saya mudah melupakan orang tau ? HAHA . Kecuali kalau saya pon sukakan awak jugak . Pesanan ini kalaulah kita still di alam pengajian sahaja .

Tapi kalaulah kita di alam pekerjaan nanti , tak payah la buat macam tu , cakap terus-terang je . Insyaallah . . kalau tertulis awak jodoh saya memang takkan kemana okey ?! Antara BOYFRIEND & FUTURE HUSBAND ? Saya rela menunggu Future Husband saya . . 

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
 I just wanna love you as my husband in the HALAL way .. 

Monday, 15 April 2013

Building And Building Surveying !

Assalamuailaikum . . Semester break kali ni, aku nak conteng ruangan entri blog aku ni bebanyak sikit. Tapi still tak sempat nak updates benda-benda baru. Konon sibuk ! Sehinggakan emails/IM/DM dari kawan-kawan aku pon tak terbalas lagi. *Alasan basi disitu*. Lately ni, aku sering received an emails, komen di blog, direct messages di Twitter dan IM di Facebook. Maklumlah, aura persahabatan antara kawan-kawan yang berada dirantauankan ? Juga, some of students lepasan SPM juga ada bertanyakan tentang kursus-kursus di IPTA, tips bagaimana nak hadapi interview, dan bermacam lagi. Mereka ada terbaca tentang entri aku yang last year rupanya. Aku ada berkongsi sedikit pengalaman tentang persediaan/tips semasa menghadiri interview, juga sedikit pengetahuan tentang kursus yang diambil.
"Yupp, betul ! Sis buat entri tu pon khas untuk adik-adik. Insyaallah Sis bantu setakat mana yang mampu. Kepada yang tak putus-putus email Sis, inbox Sis tu, Sis doakan semoga anda berjaya mendapat tempat di IPTA serta kursus pilihan anda ! Selamat maju jaya yer ;)"
So, rutin harian aku setiap hari, aku akan check email. Alhamdulillah, mereka ada memaklumkan kepada aku yang entri aku buat tu membantu mereka untuk menghadiri temuduga tu. Rasa bersyukur sangat bila entri blog yang aku buat tuh, sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Soalan famous yang kerap ditanyakan ~ Beza/Intro/Pembelajaran Diploma Bangunan (Building) & Diploma Ukur Bangunan (Building Surveying) ?

Okay, honestly sis studied pasal kos Ukur Bangunan bukan kos Bangunan. Ramai yang still confused dengan kedua kos ni. Sokaylah tak mengapa. Tapi secara basicnya, kalau dah namanya kos berkaitan dengan bangunan, subjek mungkin lebih kurang sama jelah. Cuma Ukur Bangunan, nama pon ukur mestilah ada pengiraan lebih sikit dari kos Bangunan.

Jadi berdasarkan sedikit pengetahuan/pencarian sis, kalau kamu belajar dalam kos berkaitan dengan ukur bangunan atau banguan ni subjek yang wajib biasanya Building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation, column, wall, slabs, roof and so on. Kamu kena belajar jointing macam mana, waterproofing macam mana. Juga belajar tentang material bangunan serta bancuhan dan sukatan concrete.


Kemudian ada subjek Environment Tecnology & Services. Environment ni kamu akan belajar pasal climate design, thermal comfort, thermal quantities, heat exchange in building. Environment lebih kepada cuaca, suhu persekitaran dan fizik. Services ni macam-macam jenis lah. Basicnya macam belajar water plumbing system. Bagaimana sistem saliran air diaplikasi dalam sesebuah bangunan, kat mana lubang keluar najisnya, kat mana nak letak tangki, kat mana loji tahi. Lagi, services ni akan ada belajar tentang air cond.


Law of Building bukan nak jadi lawyer je kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law. Tapi tak surelah untuk Diploma Bangunan by law dia macam mana. Kalau Ukur Bangunan, contoh by law dia just belajar pasal basic law jela macam Malaysian of Legal System, Law of Contract, Law of Tort and Arbitration.


Structures pun kena belajar juga. Macam kesinambungan dari construction tu. Tapi bezanya ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contoh: berapa jarak yang boleh dijarakkan antara tiang ke tiang supaya dapat menampung beban lantai di tingkat atas. Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil. Land Survey & Economics juga subjek pengiraan. Tapi dia mixed sikit dengan note. Kedua subjek ni kamu akan belajar diawal semester pertama nanti bagi kos Ukur Bangunan.


Site Surveying

Hurmm..yang ni sis tak pasti lah budak building buat macam mana. Mungkin lebih kurang macam budak architecture jugak lah kot. Macam, kaji jenis tanah, supaya tahu jenis foundation apa yang sesuai untuk bangunan,pendek kata, mungkin kaji topografi camtulah dan macam-macam lagi tentang site. 

Measurement and Estimating.

Kamu juga akan belajar estimate cost untuk pembinaan bangunan. Mungkin juga belajar buat BQ list (bill quantity). Yang ni sis agak kurang pasti sebab dah macam Quantity Sureyor pulak. Tapi dalam list subject untuk kos Ukur Bangunan memang ada subjek ni.

Ini adalah sedikit tentang pendedahan pembelajaran kos berkaitan bangunan dan ukur bangunan. Beza antara kedua kos ni sangat jelas. Bangunan dan Ukur Bangunan. Kos Ukur Bangunan kena lakukan lebih pengiraan jika nak dibandingkan dengan kos Bangunan. Okay, sekian saja entri untuk penjelasan kali ini. Hopefully, info ini akan dapat membantu mereka untuk memahami lebih mendalam tentang bidang ini.