Friday, 30 May 2014

Twenty. Hopeless. Be Serious in My Life.

Assalamuailaikum..
Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan izin Allah S.W.T pada hari ini. Hanya mampu bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk terus hidup walaupun hanya sementara di dunia ini. Tapi, masih banyak perkara lagi yang aku perlu lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat sana nanti. Walaupun aku sedia tahu, masa tidak akan pernah menunggu sesiapa pun. Ajal dan maut juga akan datang menjemput bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui. Apapun aku selalu berdoa agar dipanjangkan umur, kerana aku ingin mencapai segala impian yang aku inginkan selama ini.

Twenty. Yeah. Now, i'm grow up to become twenty.
Twenty. Is the suitable ages for me to stop all of the nonsense things. Stop all the game and get out from the "Game World's". 

This is the great time for me to being serious in any matter. Take serious and focusing on the future. Who's want to stay besides me, just stay. I'll keep deeply. I don't want PERFECT, I just want HONEST !

Sesungguhnya, aku lebih suka berusaha demi masa yang akan datang. Sekarang bukannya masa untuk aku berfoya-foya lagi. Sekarang ini masa untuk aku tumpukan pada apa yang sudah sepatutnya. Aku dah penat. Aku nak berhenti. Aku nak ketenangan. Di awal usia 20-an inilah pertama kali aku merasa yang aku ingin mula melangkah sendiri. Mengejar keinginan sebenar tanpa ada sebarang halangan.

Kini segalanya, aku berserah kepada Allah S.W.T.. Aku taknak membebani fikiran aku dengan hal-hal remeh lagi. Bila aku sudah tidak peduli lagi, bermakna aku sudah tidak kesah lagi. Biarkan aku dengan jalan hidup aku. Straight to the point aku cakap, fikiran aku kosong, hati aku pun sudah kosong. Biarkan kosong. Pemikiran biarlah terisi dengan ilmu dunia, jiwa terisi dengan keimanan, tapi hati? Walaupun ada terisi sedikit, aku akan kosongkannya. Biar hati kosong, asal jiwa tenang. Fikiran aman, tanpa resah memikirkan apa-apa lagi.

i'll stop when i get a tired. That means, when i really tired. Now, i'd felt that. So, i'm decided to stop. Just do hope, let's Allah S.W.T take me in his way. 


Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam pemikiran aku ini. Segala perancangan aku telah aturkan. Hanya menunggu saat, dan masa yang sesuai untuk aku merencanakan. Tanpa ada halangan. Biarkan aku, dengan hidup aku. Aku sudah tidak kisah akan perihal soal rumah tangga atau seangkatan dengannya. Cukuplah. Parut lama yang berbekas dalam hati ini pun belum pulih sepenuhnya lagi. Pengalaman hidup dalam family aku, pengalaman aku sedikit sebanyak menjadikan aku sudah tidak terdaya nak menghadapinya lagi.

Yeah. Aku sudah fed up ! Serik ! Takut ! Dan tidak ingin perkara itu berulang atau terjadi lagi dalam hidup aku. Cukup-cukuplah. Sekarang sahaja aku sudah penat. Permasalahan, pertentangan, sejarah kisah lampau tidak pernah dibiarkan terkubur, tapi masih menjadi persoalan sehingga ke harini. Sumpah aku muak ! Inilah yang menjadi aku makin membenci alam rumah tangga. Ianya mempengaruhi aku. 


Aku berharap, segala perancangan aku 5 tahun akan datang akan menjadi. Dalam pemikiran aku sekarang hanyalah Soal Masa Depan ! Soal hidup aku. Soal lain? Haha. Hanya mampu ketawa. Tiada jawapan lagi buat masa sekarang. Kotak fikiran aku hanya membayangi target, impian dan tentang apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Semoga segala tercapai seperti apa yang dirancangkan. Amiinnnn ~