Tuesday, 17 November 2015

Quiet Night When Was Alone.

Assalamuailaikum my dearest belog,
Mmm-hmm. There's about 4 month or more than that i was staying quit from typing here right? But nevermind cause here i am tonight just want to presenting the poem that i was seen and read in Felixia Yeap's blog. Indeed, the poem was exciting me.

What i've seen from it is when i was trying deeply to feeling it. Yeah, i think it really in me. What i was thinking about? Every night when i was alone, there has coming a thousand things existing on my mind..


QUIET NIGHT by Felixia Yeap

When nights are quiet
And lonely
I think, I wander
thoroughly in my mind
Thoughts in a riot
I cry, sadly
like a rainy weather
What would I find?

The path I take

to where it leads?
I ask over and over
again
is my heart at stake?
in prayers I read
let not it suffer
in pain...

Monday, 2 February 2015

Feeling in the Dawn.

Bila kau termenung menunggu subuh, fikiran kau mula melayang sendiri sehingga kau sendiri tidak pasti. Jauh disudut fikiran kerap mengingati tanpa jemu. Waktu terus melangkah pergi dengan kejam tanpa menunggu sesaat, tetapi jasad dan tutur bicara masih kaku dan beku. 
Perlahan-lahan tanpa kau sendiri sedar, kolar baju tidur yang kau pakai sudah basah dek bahana air jernih yang giat luncur mengalir turun dari tubik  sepasang bebola mata..
Kau tertawa dan bertanya sendirian. Mengapa yaa?
Mulut sukar melunturkan kata walaupun hati dah menjawab dan akal sudah mengetahui jawapannya.

MENGAPA?
...ini kerana angkara 'perasaan' itu !
"Iyaa. Aku akan cuba mengharunginya, lagi... dan lagi.

"Aku redha Ya Allah. Seikhlasnya."
 Hakikat terpaksa? Bukan. Sudah ternyata lagi ia jelas dan hadir. Perasaan. Benar-benar menyeksa jiwa kan? Kau terpaksa bertarung sendiri. Bertahanlah.

"Tiap hari, tiap masa walaupun sesaat, kemana saja kaki melangkah pergi, bayangan terawal atau mungkin terakhir yang aku temui 20 April 2014 itu tidak pernah pupus langsung dari ingatan..."

Sehingga membuatkan kau begitu beremosi sekali. Memikirkan sesuatu yang kau rasa sangat istimewa, yang kau sayang sepenuhnya dengan seikhlas hati, tentu sekali kau takut untuk merasa kehilangan. Jangan kau menangis, jangan kau bersedih suram lagi. Cekalkanlah hati. Kau perempuan yang kuat dan tabah. Berserah dan berdoalah kepada-Nya, Maha Pencipta setiap isi alam, kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui segala kejadian disebaliknya :')

"Ampunkan aku Ya Allah, jika aku mengingati 'dia' melebihi dari aku mengingati Engkau penciptaku sendiri.."

Friday, 30 May 2014

Twenty. Hopeless. Be Serious in My Life.

Assalamuailaikum..
Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, aku masih bernafas dengan izin Allah S.W.T pada hari ini. Hanya mampu bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk terus hidup walaupun hanya sementara di dunia ini. Tapi, masih banyak perkara lagi yang aku perlu lakukan untuk dijadikan bekalan di akhirat sana nanti. Walaupun aku sedia tahu, masa tidak akan pernah menunggu sesiapa pun. Ajal dan maut juga akan datang menjemput bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui. Apapun aku selalu berdoa agar dipanjangkan umur, kerana aku ingin mencapai segala impian yang aku inginkan selama ini.

Twenty. Yeah. Now, i'm grow up to become twenty.
Twenty. Is the suitable ages for me to stop all of the nonsense things. Stop all the game and get out from the "Game World's". 

This is the great time for me to being serious in any matter. Take serious and focusing on the future. Who's want to stay besides me, just stay. I'll keep deeply. I don't want PERFECT, I just want HONEST !

Sesungguhnya, aku lebih suka berusaha demi masa yang akan datang. Sekarang bukannya masa untuk aku berfoya-foya lagi. Sekarang ini masa untuk aku tumpukan pada apa yang sudah sepatutnya. Aku dah penat. Aku nak berhenti. Aku nak ketenangan. Di awal usia 20-an inilah pertama kali aku merasa yang aku ingin mula melangkah sendiri. Mengejar keinginan sebenar tanpa ada sebarang halangan.

Kini segalanya, aku berserah kepada Allah S.W.T.. Aku taknak membebani fikiran aku dengan hal-hal remeh lagi. Bila aku sudah tidak peduli lagi, bermakna aku sudah tidak kesah lagi. Biarkan aku dengan jalan hidup aku. Straight to the point aku cakap, fikiran aku kosong, hati aku pun sudah kosong. Biarkan kosong. Pemikiran biarlah terisi dengan ilmu dunia, jiwa terisi dengan keimanan, tapi hati? Walaupun ada terisi sedikit, aku akan kosongkannya. Biar hati kosong, asal jiwa tenang. Fikiran aman, tanpa resah memikirkan apa-apa lagi.

i'll stop when i get a tired. That means, when i really tired. Now, i'd felt that. So, i'm decided to stop. Just do hope, let's Allah S.W.T take me in his way. 


Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam pemikiran aku ini. Segala perancangan aku telah aturkan. Hanya menunggu saat, dan masa yang sesuai untuk aku merencanakan. Tanpa ada halangan. Biarkan aku, dengan hidup aku. Aku sudah tidak kisah akan perihal soal rumah tangga atau seangkatan dengannya. Cukuplah. Parut lama yang berbekas dalam hati ini pun belum pulih sepenuhnya lagi. Pengalaman hidup dalam family aku, pengalaman aku sedikit sebanyak menjadikan aku sudah tidak terdaya nak menghadapinya lagi.

Yeah. Aku sudah fed up ! Serik ! Takut ! Dan tidak ingin perkara itu berulang atau terjadi lagi dalam hidup aku. Cukup-cukuplah. Sekarang sahaja aku sudah penat. Permasalahan, pertentangan, sejarah kisah lampau tidak pernah dibiarkan terkubur, tapi masih menjadi persoalan sehingga ke harini. Sumpah aku muak ! Inilah yang menjadi aku makin membenci alam rumah tangga. Ianya mempengaruhi aku. 


Aku berharap, segala perancangan aku 5 tahun akan datang akan menjadi. Dalam pemikiran aku sekarang hanyalah Soal Masa Depan ! Soal hidup aku. Soal lain? Haha. Hanya mampu ketawa. Tiada jawapan lagi buat masa sekarang. Kotak fikiran aku hanya membayangi target, impian dan tentang apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Semoga segala tercapai seperti apa yang dirancangkan. Amiinnnn ~


Saturday, 16 November 2013

Sadness. People. The World.

Kenangan tidak pernah hilang, melainkan manusia yang melupakannya.

"Everythings that was happened before this, i'll never ever forget it.."

Setiap manusia mempunyai berbeza-beza corak kehidupannya. Kegembiraan, kebahagian tak selalunya berpanjangan. Kedukaan, kesedihan yang selalu singgah tanpa jemu membuatkan hari-hari dalam hidup menjadi suram. Namun, tiada siapa yang dapat meneka apakah yang bermain di benakku ketika ini. Setiap hari-hari yang ku terima, ku lalui, ku redahi, memerlukan segunung kekuatan dan harapan yang baru bagi memulai langkah yang baru.

Ketika ini, apa yang mampu aku ungkapkan, aku hanya mahu berada disisi keluargaku. Aku rasa sukar untuk berjauhan. Hati sebak disetiap detik dan masa. Disaat malam menunggu siang, sekujur tubuh benyawa ini akan melayan perasaan sendirian, resah memikirkan orang disekeliling, menangis di dalam gelap dan mencari jawapan bagi setiap permasalahan. Disebalik jasad tegap yang berjiwa brutal yang mempunyai ketinggian 170 cm ini, tersembunyi rapinya sekeping hati yang rapuh. Sakit menempuhi hidup ini yang makin ditelan rasa pahit.

Mata hanya mampu melihat tanpa berbicara. Telinga mendengar tanpa perlu membalas bicara duniawi. Bibir hanya mampu mengukir senyuman dikala lidah menjadi kelu, bisu dan hilang kata-kata. Inikah insan lemah itu? Terdiam lemah dan terkulai? Disaat pelbagai rintangan dugaan datang menghentam terus-terusan. Ya. Tiada siapa yang akan tahu bagaimana rasanya. Sesungguhnya, dunia ini sungguh kejam. Perasaan itu sungguh halus sehinggakan manusia tidak nampak yang mereka sememangnya sedang menyakiti tanpa menyedari.
"Itulah manusia. Itulah dunia. "



Tuesday, 23 April 2013

Boyfriend or Future Husband ?

Assalamuailaikum ~
Alhamdulillah, aku dengan dia dah break up as couple, and started as good friend. Contactlah jugakan skali sekala tuh untuk bertanya khabarHe's now was build his future life.

Persoalannya, adakah orang yang kita sedang bercouple itu future husband kita? Thanks to Allah S.W.T kerana memberi aku kesedaran awal untuk berfikir. Soal jodoh Allah S.W.T telah menetapkan since kita semua dlm perut mak kita lagikan ? So, sekarang tak payahlah kot nak sibuk-sibuk mencari teman sehidupsemati lah kononya . 
"Sebab Allah S.W.T lebih mengetahui siapa pemilik tulang rusuk aku ni . Biarlah ALLAH yg pertemukan kita pada waktu yg sesuai pada saat kita sudah benar-benar bersedia . . "
Apapon , sebelum mendirikan 'masjid' , make sure aku mestilah dah bekerja , ada rumah sendiri , kereta and most important , aku nak balas budi parents aku . Future husband aku pon nanti mesti dah bekerja , berduit , ada rumah sendiri and ada kereta . Kalau takda suma tuh jangan gatal nak ajak anak dara orang berkahwin . ADA FAHAM ?

Dunia sekarang duit amatlah penting . Nak kahwin pon kena berduit , tambah pula nak bela anak dara orang nanti . Kalau takda duit awak nak bagi anak isteri awak makan apa nanti cik abang oii ?? Kalau setakat pandai sebut pasal cinta je , tapi poket kosong buat apa ? Fikir-fikirlah ye better biarlah sama-sama berkerjaya okey :)

Siapa yang nakkan aku sila pergi masuk meminang aku terus . Maybe time tuh sudah datang jodoh aku yang sebenar-benarnya kan ? Aku dah tak kesahlah kalau kahwin lewat pon ! Most important , Allah S.W.T more knowing about who's person is really match for me .

*Pesanan buat Future Husband aku ~ taktahu lah siapa yea ! Itu rahsia Allah :)
Kalau awak betul-betul nakkan saya , tolong beritahu saya okeh ? Kalau awak tak beritahu saya takkan tahu . Saya akan jadikan awak sebagai 'teman istimewa' saja . No need couple-couple ! Then , tamatkan pengajian dulu . Yang penting awak jangan lost contact dengan saya ! Saya mudah melupakan orang tau ? HAHA . Kecuali kalau saya pon sukakan awak jugak . Pesanan ini kalaulah kita still di alam pengajian sahaja .

Tapi kalaulah kita di alam pekerjaan nanti , tak payah la buat macam tu , cakap terus-terang je . Insyaallah . . kalau tertulis awak jodoh saya memang takkan kemana okey ?! Antara BOYFRIEND & FUTURE HUSBAND ? Saya rela menunggu Future Husband saya . . 

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
 I just wanna love you as my husband in the HALAL way .. 

Monday, 15 April 2013

Building And Building Surveying !

Assalamuailaikum . . Semester break kali ni, aku nak conteng ruangan entri blog aku ni bebanyak sikit. Tapi still tak sempat nak updates benda-benda baru. Konon sibuk ! Sehinggakan emails/IM/DM dari kawan-kawan aku pon tak terbalas lagi. *Alasan basi disitu*. Lately ni, aku sering received an emails, komen di blog, direct messages di Twitter dan IM di Facebook. Maklumlah, aura persahabatan antara kawan-kawan yang berada dirantauankan ? Juga, some of students lepasan SPM juga ada bertanyakan tentang kursus-kursus di IPTA, tips bagaimana nak hadapi interview, dan bermacam lagi. Mereka ada terbaca tentang entri aku yang last year rupanya. Aku ada berkongsi sedikit pengalaman tentang persediaan/tips semasa menghadiri interview, juga sedikit pengetahuan tentang kursus yang diambil.
"Yupp, betul ! Sis buat entri tu pon khas untuk adik-adik. Insyaallah Sis bantu setakat mana yang mampu. Kepada yang tak putus-putus email Sis, inbox Sis tu, Sis doakan semoga anda berjaya mendapat tempat di IPTA serta kursus pilihan anda ! Selamat maju jaya yer ;)"
So, rutin harian aku setiap hari, aku akan check email. Alhamdulillah, mereka ada memaklumkan kepada aku yang entri aku buat tu membantu mereka untuk menghadiri temuduga tu. Rasa bersyukur sangat bila entri blog yang aku buat tuh, sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Soalan famous yang kerap ditanyakan ~ Beza/Intro/Pembelajaran Diploma Bangunan (Building) & Diploma Ukur Bangunan (Building Surveying) ?

Okay, honestly sis studied pasal kos Ukur Bangunan bukan kos Bangunan. Ramai yang still confused dengan kedua kos ni. Sokaylah tak mengapa. Tapi secara basicnya, kalau dah namanya kos berkaitan dengan bangunan, subjek mungkin lebih kurang sama jelah. Cuma Ukur Bangunan, nama pon ukur mestilah ada pengiraan lebih sikit dari kos Bangunan.

Jadi berdasarkan sedikit pengetahuan/pencarian sis, kalau kamu belajar dalam kos berkaitan dengan ukur bangunan atau banguan ni subjek yang wajib biasanya Building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation, column, wall, slabs, roof and so on. Kamu kena belajar jointing macam mana, waterproofing macam mana. Juga belajar tentang material bangunan serta bancuhan dan sukatan concrete.


Kemudian ada subjek Environment Tecnology & Services. Environment ni kamu akan belajar pasal climate design, thermal comfort, thermal quantities, heat exchange in building. Environment lebih kepada cuaca, suhu persekitaran dan fizik. Services ni macam-macam jenis lah. Basicnya macam belajar water plumbing system. Bagaimana sistem saliran air diaplikasi dalam sesebuah bangunan, kat mana lubang keluar najisnya, kat mana nak letak tangki, kat mana loji tahi. Lagi, services ni akan ada belajar tentang air cond.


Law of Building bukan nak jadi lawyer je kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law. Tapi tak surelah untuk Diploma Bangunan by law dia macam mana. Kalau Ukur Bangunan, contoh by law dia just belajar pasal basic law jela macam Malaysian of Legal System, Law of Contract, Law of Tort and Arbitration.


Structures pun kena belajar juga. Macam kesinambungan dari construction tu. Tapi bezanya ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contoh: berapa jarak yang boleh dijarakkan antara tiang ke tiang supaya dapat menampung beban lantai di tingkat atas. Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil. Land Survey & Economics juga subjek pengiraan. Tapi dia mixed sikit dengan note. Kedua subjek ni kamu akan belajar diawal semester pertama nanti bagi kos Ukur Bangunan.


Site Surveying

Hurmm..yang ni sis tak pasti lah budak building buat macam mana. Mungkin lebih kurang macam budak architecture jugak lah kot. Macam, kaji jenis tanah, supaya tahu jenis foundation apa yang sesuai untuk bangunan,pendek kata, mungkin kaji topografi camtulah dan macam-macam lagi tentang site. 

Measurement and Estimating.

Kamu juga akan belajar estimate cost untuk pembinaan bangunan. Mungkin juga belajar buat BQ list (bill quantity). Yang ni sis agak kurang pasti sebab dah macam Quantity Sureyor pulak. Tapi dalam list subject untuk kos Ukur Bangunan memang ada subjek ni.

Ini adalah sedikit tentang pendedahan pembelajaran kos berkaitan bangunan dan ukur bangunan. Beza antara kedua kos ni sangat jelas. Bangunan dan Ukur Bangunan. Kos Ukur Bangunan kena lakukan lebih pengiraan jika nak dibandingkan dengan kos Bangunan. Okay, sekian saja entri untuk penjelasan kali ini. Hopefully, info ini akan dapat membantu mereka untuk memahami lebih mendalam tentang bidang ini. 

Friday, 20 April 2012

Temuduga Diploma Ukur Bangunan (UiTM) !

Assalamuailaikum and Helo to my beloved belog ;)
Just nk brcerita sdikit sbyk 'pengalaman' brtemuduga pda 15 April 2012 yg lalu utk kos Diploma Ukur Bangunan. Just nak share dgn korang suma jerk. Mana nak tahu maybe boleh dijadikan rujukan utk adik-2 SPM tahun ini or tahun-2 yg akan dtg ?? kankan ??

Senasib mmg senasib lha kan ? Sbb 2 org kawan baik aku Wany Mazny dan Syed Faizul dapat kos yg bertemuduga tuh . Kami ber-3 dibawah satu fakulti iaitu Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Aku pergi temuduga utk kos Dip.Ukur Bangunan , manakala 2 kwn aku lgi tuh temuduga utk Dip.Perancangan Bandar & Wilayah. Pendekkan cita , kmi bertemu kt sana , UiTM Merbok tepat jam 9.30 a.m.

Dalam temujanji 10.30 a.m , tp dah ada budak-2 lain yg suda full kt dlm bilik ujian melukis. Ny sbb, dorg dpt temujanji pkul 9.30 a.m, sbb ujian melukis bgi kos ni sejam. Budak-2 yg dtg utk temuduga Masscom pun ada jgk . Berdekatan dgn bilik kmi. Orait , kena tunggu lg smpai turn kami bertiga. Seriously aku ckp , budak-2 lelaki yg dtg utk temuduga mmg amat kemas. Pakaian dorang mmg SMART,rapi , kasut berkilat dan  bertutup, berkot bagai laa !! A+ utk dorg taw ^^

Nampak tak ? Objek-2 tulaa yg kami kena lukis ..lukis ikut pandangan dari kedudukan kita. Tengok mcm senang , tapi agak rumit. 

Masa mula-2 nak lukis mmg tak jadi lha. Empat kali aku asyik lukis dan padam. Erkk ~ mcm nak nangis pon ada taw ? Mana taknya klw jari aku ny terketar-2. Garis lurus pun stil senget . geram betul ! Padahal smlm aku dh praktis taw. Mazni dan Pejol pun semcm aku jerk. HEHE. Finally, after selawat dan beristifar , dpt jgak melukis dgn tenang . . Prof yg jaga kmi kt dlm bilik tuh ckp , pemilihan terletak sepenuhnya kpd lukisan yg dilukis.. WHOA ~ FOCUS !!

Lepas siap lukis, kena tunggu pulak utk dipanggil temuduga kat bilik sebelah. Check nama aku kt noticeboard ~> PANEL 1 , giliran ke-3 !! Duppduppp ~ dupppdupp !! HAHA, jantung aku punya degupp. . OK, tepat jam 12.05 tgh hari nama aku dipanggil. Tergopoh-gopoh aku bangun. Berjalan lagak tak ada apa yg berlaku. Nak bgtaw, kt dlm tuh ada 8 meja dan 8 panel. Panel tuh terdiri drpada para lecturer dri tiap kos yg berlainan di bwah FSPU. 

Aku akn ditemuduga oleh seorang lecturer perempuan yg sgt manis dan lembut orangnya. Mula-2 sekali dya ckp kt aku "please introduce yourself". HAHA, dlm hati aku ketawa stengah mati sbb lidah aku tetiba jdi kelu. Mmg agak banggang cket sbb mcm mna aku bole jdi 'blurr' ny ?? Argghh ~ aku trgagap-2 jgak lha time speaking tuh. Berterabur grammar aku disebabkn gementar aku tuh. Rasa marah kt diri sendiri sbb dya swuh perkenalkn diri , SO apa yg susahnya ?? 

Then, soalan yg dia tanya pada aku ~
*Apa yg kamu tahu tentang bidang ukur bangunan ?
*Kenapa kamu pilih bidang ni?
*What your ambition ?
*Kenapa pilih UiTM ?
*Apa kualiti yg ada pada diri kamu yg membolehkan saya mengambil kamu utk kos ni?
*Sejak akhir-2 ni, apa yg telah berlaku pada dunia kita? ( aku jwb gempa bumi di acheh 8.9 sr)
-terjadi di negara mana ?
-di Malaysia negeri mana yg dikenakn amaran tsunami/gmpa bumi?
*siapakah PM yg ke-5 ?
*Senaraikan suma PM Malaysia.

Puas sudah dia tnya aku, dia bgtaw lha aku tentang kos ni. Dia ckp klw aku diterima, aku kena wat assigment yg byk lha , kena pnjat banguna la apa suma. Dia tnya aku sanggup nak hadapi suma ny ?? Aku pon "Sanggup !!" . Mesti laa kena jwb sanggup oiii ~ aku gila nakkan kos ni.. HEHE. Then lastly dia bgtaw aku, utk ketahui aku diterima or tak kena check online or tgu surat smpai kt rumah... tu saja :)

Dia speaking aku speaking lha jgak, last-2 jadi rojak.. hehe. Ni saja aku nak share tentang pengalaman temuduga. HUHU. Before tuh klw korang dapat kos bertemuduga ny, korang mesti mempersiapkan diri sebaik yg mgkin. If dah tahu ada ujian lukis , TOLONG praktis ok ?? DAN ,korang mesti boleh berbahasa English !! Important ny ok . . huhu. Ok sekian saja dari saya . TQ ^^