Bila kau termenung menunggu subuh, fikiran kau mula melayang sendiri sehingga kau sendiri tidak pasti. Jauh disudut fikiran kerap mengingati tanpa jemu. Waktu terus melangkah pergi dengan kejam tanpa menunggu sesaat, tetapi jasad dan tutur bicara masih kaku dan beku.
Perlahan-lahan tanpa kau sendiri sedar, kolar baju tidur yang kau pakai sudah basah dek bahana air jernih yang giat luncur mengalir turun dari tubik sepasang bebola mata..
Kau tertawa dan bertanya sendirian. Mengapa yaa?
Mulut sukar melunturkan kata walaupun hati dah menjawab dan akal sudah mengetahui jawapannya.
MENGAPA?
...ini kerana angkara 'perasaan' itu !
"Iyaa. Aku akan cuba mengharunginya, lagi... dan lagi.
"Aku redha Ya Allah. Seikhlasnya."
Hakikat terpaksa? Bukan. Sudah ternyata lagi ia jelas dan hadir. Perasaan. Benar-benar menyeksa jiwa kan? Kau terpaksa bertarung sendiri. Bertahanlah.
"Tiap hari, tiap masa walaupun sesaat, kemana saja kaki melangkah pergi, bayangan terawal atau mungkin terakhir yang aku temui 20 April 2014 itu tidak pernah pupus langsung dari ingatan..."
Sehingga membuatkan kau begitu beremosi sekali. Memikirkan sesuatu yang kau rasa sangat istimewa, yang kau sayang sepenuhnya dengan seikhlas hati, tentu sekali kau takut untuk merasa kehilangan. Jangan kau menangis, jangan kau bersedih suram lagi. Cekalkanlah hati. Kau perempuan yang kuat dan tabah. Berserah dan berdoalah kepada-Nya, Maha Pencipta setiap isi alam, kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui segala kejadian disebaliknya :')
"Ampunkan aku Ya Allah, jika aku mengingati 'dia' melebihi dari aku mengingati Engkau penciptaku sendiri.."

No comments:
Post a Comment