Monday, 15 April 2013

Building And Building Surveying !

Assalamuailaikum . . Semester break kali ni, aku nak conteng ruangan entri blog aku ni bebanyak sikit. Tapi still tak sempat nak updates benda-benda baru. Konon sibuk ! Sehinggakan emails/IM/DM dari kawan-kawan aku pon tak terbalas lagi. *Alasan basi disitu*. Lately ni, aku sering received an emails, komen di blog, direct messages di Twitter dan IM di Facebook. Maklumlah, aura persahabatan antara kawan-kawan yang berada dirantauankan ? Juga, some of students lepasan SPM juga ada bertanyakan tentang kursus-kursus di IPTA, tips bagaimana nak hadapi interview, dan bermacam lagi. Mereka ada terbaca tentang entri aku yang last year rupanya. Aku ada berkongsi sedikit pengalaman tentang persediaan/tips semasa menghadiri interview, juga sedikit pengetahuan tentang kursus yang diambil.
"Yupp, betul ! Sis buat entri tu pon khas untuk adik-adik. Insyaallah Sis bantu setakat mana yang mampu. Kepada yang tak putus-putus email Sis, inbox Sis tu, Sis doakan semoga anda berjaya mendapat tempat di IPTA serta kursus pilihan anda ! Selamat maju jaya yer ;)"
So, rutin harian aku setiap hari, aku akan check email. Alhamdulillah, mereka ada memaklumkan kepada aku yang entri aku buat tu membantu mereka untuk menghadiri temuduga tu. Rasa bersyukur sangat bila entri blog yang aku buat tuh, sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Soalan famous yang kerap ditanyakan ~ Beza/Intro/Pembelajaran Diploma Bangunan (Building) & Diploma Ukur Bangunan (Building Surveying) ?

Okay, honestly sis studied pasal kos Ukur Bangunan bukan kos Bangunan. Ramai yang still confused dengan kedua kos ni. Sokaylah tak mengapa. Tapi secara basicnya, kalau dah namanya kos berkaitan dengan bangunan, subjek mungkin lebih kurang sama jelah. Cuma Ukur Bangunan, nama pon ukur mestilah ada pengiraan lebih sikit dari kos Bangunan.

Jadi berdasarkan sedikit pengetahuan/pencarian sis, kalau kamu belajar dalam kos berkaitan dengan ukur bangunan atau banguan ni subjek yang wajib biasanya Building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation, column, wall, slabs, roof and so on. Kamu kena belajar jointing macam mana, waterproofing macam mana. Juga belajar tentang material bangunan serta bancuhan dan sukatan concrete.


Kemudian ada subjek Environment Tecnology & Services. Environment ni kamu akan belajar pasal climate design, thermal comfort, thermal quantities, heat exchange in building. Environment lebih kepada cuaca, suhu persekitaran dan fizik. Services ni macam-macam jenis lah. Basicnya macam belajar water plumbing system. Bagaimana sistem saliran air diaplikasi dalam sesebuah bangunan, kat mana lubang keluar najisnya, kat mana nak letak tangki, kat mana loji tahi. Lagi, services ni akan ada belajar tentang air cond.


Law of Building bukan nak jadi lawyer je kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law. Tapi tak surelah untuk Diploma Bangunan by law dia macam mana. Kalau Ukur Bangunan, contoh by law dia just belajar pasal basic law jela macam Malaysian of Legal System, Law of Contract, Law of Tort and Arbitration.


Structures pun kena belajar juga. Macam kesinambungan dari construction tu. Tapi bezanya ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contoh: berapa jarak yang boleh dijarakkan antara tiang ke tiang supaya dapat menampung beban lantai di tingkat atas. Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil. Land Survey & Economics juga subjek pengiraan. Tapi dia mixed sikit dengan note. Kedua subjek ni kamu akan belajar diawal semester pertama nanti bagi kos Ukur Bangunan.


Site Surveying

Hurmm..yang ni sis tak pasti lah budak building buat macam mana. Mungkin lebih kurang macam budak architecture jugak lah kot. Macam, kaji jenis tanah, supaya tahu jenis foundation apa yang sesuai untuk bangunan,pendek kata, mungkin kaji topografi camtulah dan macam-macam lagi tentang site. 

Measurement and Estimating.

Kamu juga akan belajar estimate cost untuk pembinaan bangunan. Mungkin juga belajar buat BQ list (bill quantity). Yang ni sis agak kurang pasti sebab dah macam Quantity Sureyor pulak. Tapi dalam list subject untuk kos Ukur Bangunan memang ada subjek ni.

Ini adalah sedikit tentang pendedahan pembelajaran kos berkaitan bangunan dan ukur bangunan. Beza antara kedua kos ni sangat jelas. Bangunan dan Ukur Bangunan. Kos Ukur Bangunan kena lakukan lebih pengiraan jika nak dibandingkan dengan kos Bangunan. Okay, sekian saja entri untuk penjelasan kali ini. Hopefully, info ini akan dapat membantu mereka untuk memahami lebih mendalam tentang bidang ini. 

5 comments:

  1. Assalamua'laikum, akak senior :) saya student part one dlm building survey nie.. sem depan Insya_allah, saya sambung part 2. Humm, result saya x brape baik sem nie, and paper lands saya kene repeat.. saya nk tanya akak, subjek nie sampai sem brape yea? Memandang kan ianya core subjek hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waailaikumussalam my lill sis. Before tu akak nak say congrat kerana adik merupakan part of building surveying department. Btw, adik jangan risau. Subjek Land Survey ni adik blaja time part 1 je. Next sem dah xda dah. Apapun jgn brputus asa. Teruskn usaha ! Gudluck ;)

      Delete
  2. assalamualaikum sis . adakah BS kos bwh civil engineering ? ke dia lebih kpd architecture ?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, dalam degree bs ade berapa subjek semua sekali?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, dalam degree bs ade berapa subjek semua sekali?

    ReplyDelete